Bahasa Indonesia dalam sidang Volksraad Volksraad

Kekuasaan penjajah pada masa itu hampir mencakupi segala aspek sehingga forum-forum rasmi harus menggunakan bahasa Belanda, padahal bahasa Melayu yang sejak Kongres Pemuda II (1928) digelar "Bahasa Indonesia" merupakan bahasa perpaduan yang telah dijadikan salah satu alat perjuangan di kalangan kaum pro-kemerdekaan. Kerana itulah Mohammad Hoesni Thamrin mengecam pedas tindakan-tindakan yang dianggap mengecilkan kedudukan Bahasa Indonesia.

Buat pertama kalinya pada tahun 1938, Mohammad Hoesni Thamrin berpidato di Volksraad dengan menggunakan bahasa Indonesia dan sejak itulah, penggunaan bahasa Indonesia dalam sidang Volksraad diperbolehkan.